Terdapat dua hipotesis tempat asal usul bahasa Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik iaitu dari kawasan Asia Tengah dan kawasan Nusantara.
KAWASAN ASIA TENGAH
Hipotesis kawasan Asia Tengah menyatakan bahawa orang Melayu berasal dari bahagian selatan China seperti Indo-China, pantai timur China selatan (Champa dan Kampuchea) dan di Burma. Mereka ini telah berhijrah secara berkelompok-kelompok dari selatan China ke Nusantara.
Kelompok pertama yang sampai ke Nusantara dikenali sebagai Melayu-Proto. Kelompok ini dikatakan telah menduduki Nusantara sekitar tahun 2000 SM. Pada peringkat awal hipotesis, perpindahan kelompok Melayu telah dikemukakan oleh P.Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892 dan dikukuhkan lagi oleh Geldern pada tahun 1932.
Pada tahun 1500 SM, kelompok Melayu kedua telah datang ke Nusantara dan mereka dikenali Melayu-Deutro. Golongan ini mempunyai peradaban yang lebih tinggi daripada Melayu-Proto. Kelompok Melayu-Deutro inilah yang telah menurunkan Melayu moden yang merupakan penutur natif bahasa Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu yang dituturkan hasil daripada kelompok Melayu-Deutro.
HIPOTESIS KAWASAN NUSANTARA
Hipotesis kawasan Nusantara menyatakan bahawa orang Melayu memang berasal dari Nusantara. Hipotesis ini lebih meyakinkan. Ini berdasasarkan kepada bukti geografi, bahasa, artifak, perkembangan manusia dan kebudayaan.
Berdasarkan bukti geografi, perpindahan bangsa Melayu berlaku bukan melalui penghijrahan tetapi melalui perpecahan dataran sebagai implikasi dari pencairan glasier.Berdasarkan kepada bukti bahasa pula, bahasa Melayu berasal daripada rumpun Austronesia tetapi bahasa Asia Tengah berasal daripada rumpun China-Tibet.
Ditinjau dari sudut artifak, ada penemuan beliung batu yang dipercayai digunakan oleh semua masyarakat primitif di seluruh dunia.Perkembangan kebudayaan orang Melayu dan Jawa yang sangat menonjol dan telah tersebar ke bahagian lain di Nusantara juga menguatkan lagi kebenaran hipotesis ini.Dari segi perkembangan manusia pula, didapati bangsa Melayu berkulit cerah tetapi bangsa Asia Tengah berkulit cerah. Tambahan lagi, kajian arkeologi yang dilakukan terhadap tengkorak manusia mendapati tengkorak manusia di Nusantara lebih tua daripada tengkorak manusia di Asia Tengah. Dua tengkorak manusia Jawa yang ditemukan masing-masing berusia 670 000 tahun dan 600 000 tahun tahun sedangkan tengkorak menusia Peking berusia 550 000 tahun. Oleh itu, berdasarkan bukti ini, bahasa Melayu memang wujud di Nusantara dan bukan dari kawasan-kawasan lain.
订阅:
博文评论 (Atom)
Poll
Categories
- 【爱听的歌曲(中文)】 (1)
- 【国内新闻】 (1)
- 【趣文】 (5)
- 【伤感文章】 (9)
- 【生活百科】 (1)
- 【生肖运程】 (1)
- 【十二星座】 (2)
- 【我行我素】 (7)
- 【笑话】 (56)
- 【心理测验】 (2)
- 【音乐推荐】 (1)
- 【BM (Kertas 1)】 (2)
- 【Geografi Alam Sekitar Fizikal】 (14)
- 【My PS】 (1)
- 【Perdagangan (Kertas 2)】 (2)
Popular Posts
-
Pemindahan tenaga suria - Tenaga suria dipindahkan ke bumi melalui cara gelombang elektromagnet. - Gelombang elektromangnet ini dikelaskan d...
-
1.Untuk mengetahui tempat asal bahasa, kajian tempat asal usul bangsa Melayu yang menuturkan bahasa ter sebut perlu dilakukan. 2.Terdapat du...
-
Punca-punca Tenaga Endogenik dan Eksogenik. - Duan punca tenaga utama yang diterima oleh bumi ialah tenaga endogenik dan eksogen...
-
- terdapat 3 jenis alam sekitar fizikal: a)Sistem terpencil - Sistem yang tertutup, tidak membenarkan tenaga dan bahan masuk ke dalamnya. b)...
-
Terdapat dua hipotesis tempat asal usul bahasa Melayu seperti yang diutarakan oleh ahli arkeologi dan ahli linguistik iaitu dari kawasan Asi...
-
- Sistem bumi dibahagikan kepada 4: a)Sistem Geomorfologi b)Sistem Atmosfera c)Sistem Ekologi d)Sistem Hidrologi - Keempat-empat sistem bumi...
-
1.女孩子不要这样说 一男对一女说:“我请你吃饭。” 女说:“改日吧。” 2.存钱桶 有个寡妇去买黄瓜,并嘱咐不要切片,但卖黄瓜的忘记了,还是切了片,那寡妇见了,骂道:“你他妈当我是存钱桶啊?” 3.实习 一大群女生到农场实习,农场主教大家挤牛奶,示范作完,教大家...
-
B.Peranan Memajukan kepentingan ekonomi ahli-ahlinya. Memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup ahli-ahli. Perkihdmatan atau barangan yang ...
-
在飞机上,一个小伙子和一位老人并排坐着。 “请问,现在几点钟?”小伙子问。 老人回答说:“我不能告诉你,我要是告诉你现在几点钟, 你就会向我表示感谢。这样话题一打开就不容易收场了。 再过一会儿,我们就会一起下飞机。 在机场上,你又会请我进咖啡馆,我也会请你到我家去做客, 我家里有...
-
- Tenaga yang wujud dalam pelbagai bentuk seperti tanaga haba, tenaga elektrik, tanaga potensi, tenaga kimia dan tenaga kinetik. - 2 sumber ...
由 Blogger 提供支持.
Labels
- 【爱听的歌曲(中文)】 (1)
- 【国内新闻】 (1)
- 【趣文】 (5)
- 【伤感文章】 (9)
- 【生活百科】 (1)
- 【生肖运程】 (1)
- 【十二星座】 (2)
- 【我行我素】 (7)
- 【笑话】 (56)
- 【心理测验】 (2)
- 【音乐推荐】 (1)
- 【BM (Kertas 1)】 (2)
- 【Geografi Alam Sekitar Fizikal】 (14)
- 【My PS】 (1)
- 【Perdagangan (Kertas 2)】 (2)
0 评论:
发表评论