HIPOTESIS TEMPAT ASAL BAHASA MELAYU

2011年5月21日星期六
1.Untuk mengetahui tempat asal bahasa, kajian tempat asal usul bangsa Melayu
yang menuturkan bahasa ter sebut perlu dilakukan.

2.Terdapat dua hipotesis tentang asal usul bangsa Melayu, iaitu :

(a)kawasan Asia Tengah
(b) kawasan Nusantara

KAWASAN ASIA TENGAH

1.Menurut hipotesis ini, orang Melayu dikatakan berpindah dari utara ke selatan. Mereke dikatakan berasal dari selatan China. Tempat-tempat yang diketengahkan oleh para penyelidik termasuklah daerah Yunan di selatan China, Assam di Burma, dan Campa di selatan Indo-China

2.Penghijrahan mereka dipercayai berlaku dalam dua kumpulan, iaitu Melayu Protodan Melayu Deutro. Kumpulan Melayu Proto dipercayai berhijrah ke Nusantarakira-kira pada tahun 2500 SM.

3.Peradaban orang Melayu Proto ini dikatakan lebih maju daripada orang Negritoyang sudah sedia ada di Nusantara. Orang Melayu Proto dikatakan hidupberpindah-randah. Namun demikian, mereka pandai membuat alat bercucuktanam, barangan pecah-belah, dan alat perhiasan. Zaman mereka ini dikenalisebagai Zaman Neolitik atau Zaman Batu Baru.

4.Hipotesis penghijrahan kumpulan Melayu Proto ini mula-mula dikemukakan olehP. Sarasin dan F.Sarasin pada tahun 1892. Hipotesis ini dikemudiannyadiperkukuh oleh R.H. Golden (seorang ahli prasejarah dan profesor di InstitutPengajian Asia, Iran) pada tahun 1932.

5.Melalui kajian yang dibuatnya terhadap beliung-beliung batu bersegi panjang.Geldern menapati bahawa kapak-kapak yang dibuat daripada batu yang terdapatdi sekitar hulu Sungai Brahmaputra, Sunagi Irrawadi, Sungai Salween, SungaiYangtze, dan Sungai Hwang Ho itu turut ditemukan di beberapa tempat lain dikawasan Nusantara.

6.Penghijrahan Kumpulan Melayu Deutro pula dikatakan berlaku kira-kira pada
tahun 1500SM. Kumpulan ini dipercayai datang dari daerah Yunan di selatan
China. Mereka memiliki tamadun yang lebih maju daripada Kumpulan Melayu
Proto.

7.Zaman mereka dikenal sebagai Zaman Logam dan mereka membuat alatpemburuan dan pertanian daripada besi. Selain itu, Melayu Deutro pandai dalambidang pelayaran dan astronomi. Mereka hidup di tepi pantai dan kemudiannyabersebaran hampir keseluruh Kepulauan Melayu.

8.Kedatangan Melayu Deutro menyebabkan Melayu Proto berpindah ke kawasanpedalaman, iaitu di kawasan hutan dan pergunungan. Hal ini sesuai denganmereka yang suka berpindah-randah. Kumpulan Melayu Proto inilah yangmenjadi nenek moyang kepada suku orang Asli seperti Semang, Jakun, Senoi, dansebagainya.

9.Kumpulan Melayu Deutro hidup di kawasan di persisiran pantai dan sebagainelayan. Sebahagian mereka membina petempatan yang berhampiran dengansungai dan lembah yang subur. Mereka menjalankan kerja pertanian danmemburu binatang.

10.Orang Melayu Deutro pandai bermasyarakat. Mereka berlayar ke pulau-pulau diseluruh Kepulauan Melayu dan akhirnya berkembang menjadi bangsa Melayu danbangsa Indonesia yang ada sekarang.

11.Selain Geldern, terdapat beberapa orang ahli budaya yang turut berpendapatbahawa orang Melayu berasal dari kawasan Asia Tengah. Antara merekatermasuklah J.R. Logan yang membuat kajian berdasarkan adat resam sukubangsa Asia. Beliau mendapati bahwasa wujud persamaan antara adat resamkaum Melayu dengan adat resam kaum Naga di Assam di daerah Burma(Myanmar). Persamaaan yang wujud ini menunjukkan bahawa bahasa melayumempunyai hubungan dengan bahasa di Asia Tengah.

12.Ahli-ahli budaya lain, seperti G.K Nieman dan R.M. Clark juga membuat kajiantentang adat resam dan menghasilkan kesimpulan bahawa daratan Asiamerupakan tanah asal nenek moyang bangsa Melayu.

13.Hipotesis pertama ini turut disokong oleh dua orang sarjana Melayu, iaitu Asmah
Haji Omar dari Malaysia dan Slametmuljana dari Indonesia.

14.Asmah Haji Omar berpendapat bahawa penghijrahan orang Melayu dari daratanAsia ke Nusantara tidak berlaku sekali gus dan mereka tidak melalui laluan yangsama. Menurut beliau ada yang melalui daratan melintasi Tanah SemenanjungMalaysia, ada melalui Lautan Hindi dan ada yang pula melintasi Lautan ChinaSelatan.

15.Slametmurjana pula membuat penyelidikannya berdasarkan perbandingan bahasadan berpendapat bahawa bahasa Astronesia yang di dalamnya termasuk bahasaMelayu adalah dari daratan Asia.

16.Walau bagaimanapun, hipotesis pertama ini menimbulkan pelbagai keraguan.Salah satunya berkaitan dengan tarikh berlakunya penghijrahan. Tarikhpenghijrahan Melayu Proto dengan Melayu Deutro adalah bertentangan dengankajian arkeologi yang menunjukkan manusia moden (Homo sapiens) telah wujuddi Kepulauan Melayu sejak 35 000 tahun yang lalu.

17. Malah, kalau diteliti dari warna kulit, bangsa Melayu yang berkulit coklat tinggaldi Thailand Selatan, Malaysia, Brunei, Indonesia, Filipina Selatan Singapura,memang berbeza daripada bangsa di Asia Tengah, baik bangsa Cina di sebelahtimur mahupun bangsa India di sebelah barat yang berkulit cerah. Mereka bukansahaja berbeza dari warna kulit, bentuk dan anggota badan tetapi juga daripadasegi bahasa dan kebudayaan.

18.Selain itu, bukti beliung batu yang dikemukakan oleh Geldern juga meragukan.Artifak ini bukan sahaja ditemui di Timur Tengah dan Nusantara, tetapi juga diAmerika dan Eopah. Artifak ini sebenarnya ada pada mana-mana masyarakatprimitif di seluruh dunia. Apatah lagi secara kebetulan Geldern membuatkajiannya bermula dari Asia Tengah ke Nusantara. Sekiranya beliau memulakankajian dari Nusantara ke Asia Tengah, mungkin beliau akan menghasilkankesimpulan bahawa bangsa Asia Tengah itu berasal dari Nusantara.

19.Seterusnya kajian bahasa juga tidak menyokong hipotesis bahawa bahasa Melayuberasal daripada bahasa di Asia Tengah. Kajian bahasa menunjukkan bahawabahasa Melayu berasal daripada rumpun Astronesia, bukan daripada rumpunChina-Tibet yang melahirkan bahasa China, Tibet, Siam, Miao, Yiu, dan Burma.

KAWASAN NUSANTARA

1.Hipotesis ini menolak pendapat bahawa bangsa Melayu berasal dari kawasan AsiaTengah. Para pengkaji yang mendokong hipotesis ini mengemukakan beberapatempat asal bahasa Astronesia, iaitu rumpun yang menurunkan bahasa melayu.Antaranya, termasuklah Sumatera, Jawa, Melanesia, New Guinea, dan Filipina.Para pengkaji mengemukakan beberapa bukti yang menjelaskan dakwaan mereka.

2.Bukti pertama dapat dilihat daripada segi kajian bahasa di kawasan selatan Asia.Hasil daripada penyelidikan perbandingan bahasa yang dilakukan oleh beberapaorang pengkaji bahasa menunjukkan bahawa bahasa-bahasa di Nusantara memangmempunyai hubungan kekerabatan, iaitu induk kepada bahasa-bahasa tersebutialah bahasa Astronesia.

3.Kajian C.A.Mess mendapati bahawa bahasa-bahasa daripada rumpun Astronesiamempunyai persamaan yang banyak daripada segi perkataan, sistem imbuhan dansusunan tatabahasa. Sebagai contohmya, kata-kata sepertimata,telinga, danlim asering timbul dalam bahasa-bahasa tersebut.

4.Penutur bahasa daripada rumpun bahasa Astroneia ini dipercayai berpusat dipesisir pantai yang strategik di Kepulauan Melayu. Dari situlah mereka membawamereka membawa bahasa tersebut ke barat hingga ke Madagaskar di LautanHindi dan ke timur hingga ke Pulau Easter di Lautan Pasifik.

5.Kajian Williams Marsden menunjukkan bahawa bahasa Melayu serumpun denganbahasa Mekanesia, Melanesia, dan Polinesia yang kesemuanya daripada indukbahasa Austronesia. Kekerabatan bahasa seperti ini tidak ditemukan dalambahasa-bahasa di Asia Tengah. Oleh hal yang demikian, asal nenek moyang bagibahasa Melayu bukan dari Asia Tengah.

6.Berdasarkan kekerabatan bahasa, Isidore Dyen berpendapat bahawa orangMelayu mungkin berasal dari Formosa, New Guinea, atau Melanesia. GorysKeraf dalam buku Linguistik Bandingan Historis pula menyatakan bahawa nenekmoyang bahasa Melayu sudah sedia ada di Kepulauan Melayu dan merekamenggunakan bahasa keluarga Nusantara. Menurut beliau, negeri asal nenekmoyang bangsa Austronesia iailah Indonesia dan Filipina.

7.Seterusnya, kajian kebudayaan juga dapat membuktikan bahawa asal usul bahasaMelayu adalah dari kawasan Nusantara. Sehubungan dengan itu, seorang sarjanaInggeris bernama John Crawfurd membuat kajian perbandingan bahasa yangterdapat di Sumatera, Jawa, Kalimantan, dan kawasan Polinesia. Hasil daripada
kajian beliau, menunjukkan bahawa bangsa Melayu dan bangsa Jawa telah
memiliki tahap kebudayaan yang tinggi pada abad kesembilan belas.

8.Menurut Crawfurd, untuk mencapai tahap kebudayaan yang menonjol itu, kedua-dua budaya itu tentu telah mengalami perkembangan beberapa abad sebelum itu.Berasaskan anggapan ini, beliau membuat kesimpulan tempat asal asal orangMelayu di Sumatera dan Jawa. Dengan kata lain, bahasa Melayu di Sumateradalam bahasa Jawa (di pulau Jawa) merupakan bahasa induk kepada bahasa-bahasa serumpun yang tersebar di Kepulauan Melayu.

9.Hipotesis kedua ini juga disokong oleh kajian arkeologi kerana penemuan fosil-fosil di Nusantara menunjukan bahawa manusia telah lama mendiami KepulauanMelayu. Sebagai buktinya, fosil manusia yang ditemukan menunjukan bahawamanusia Jawa telah wujud di Pulau Jawa sejak dua juta tahun yang lalu.

10.Selanjutnya, kajian terhadap tengkorak manusia menunjukan usia tengkorakmanusia yang ditemukan di Nusantara lebih tua daripada tengkorak yangditemukan di Asia Tengah. Hal ini terbukti, Mojokerta dan Pithecanthropus Trinilyang masing-masing berusia kira-kira 670 000Â tahun dan 600 000Â tahunberbanding dengan Sinanthropus Pekinensis (Manusia Peking) yang ditemukan diChina hanya berusia kira-kira 550 000Â tahun. Daripada bukti kajian purba, dapatdisimpulkan bahawa nenek moyang bangsa Austronesia dan Melayu bukanberasal dari Asia Tengah kerana manusia awal telah lama ada di Nusantara.

11.Bukti lain yang menunjukkan bahawa orang Melayu merupakan penduduk asal diNusantara juga dapat diselidiki dari sudut Geografi. Dari zaman Pilosen hinggaZaman Pleistosen, Nusantara dan Australia dikatakan terdiri daripada dua buahdaratan luas yang telah telah dihuni manusia. Daratan Nusantara dikenali sebagaiPentas Sunda manakala Daratan Australia dinamai Pentas Sahul.

12.Kedua-dua daratan yang besar ini kemudian berpecah kepada pulau-pulau yangbesar dan kecil sebagai akibat pencairan glasier. Pencairan glasier menyebabkanPentas Sunda dan Pentas Sahul ditenggelami air dan beberapa daratan yang tinggimenjadi pulau, sama ada pulau yang besar atau kecil. Pulau Sumatera, PulauJawa, Pulau Kalimantan, dan pulau-pulau lain di Indonesia manakalan PentasSahul berpecah kepada benua Australia dan New Guinea.

13. Pemisahan antara satu daratan lain ini menyebabkan manusia yang tinggal di situberpindah dari satu daratan ke satu daratan yang lain. Daripada huraian ini, dapatdisimpulkan bahawa perpindahan manusia yang berlaku bukan dari Asia Tengahke Nusantara tetapi penduduk asal di Nusantara berpindah disebabkan prosesgeografi. Justeru, orang Melayu pada asalnya memang penduduk di Nusantara,bukan berhijrah dari Asia Tengah.

0 评论:

发表评论