Jenis-jenis Sistem Alam Sekitar Fizikal

2011年6月22日星期三
- terdapat 3 jenis alam sekitar fizikal:

a)Sistem terpencil
- Sistem yang tertutup, tidak membenarkan tenaga dan bahan masuk ke dalamnya.

b)Sistem tertutup
- Sistem ini membenarkan pertukaran tenaga masuk dan keluar tetapi tidak menghasilkan bahan.

c)Sistem terbuka
- Membenarkan tenaga dan bahan keluar masuk melalui sempadan dan mencapai tahap keseimbangan

- Contoh sistem terbuka, sama ada makro ataupun micro adalah ekosistem hutan, ekosistem tasik dan sekosistem laut.


- Ahli geografi telah membahagikan sistem alam fizikal bumi kepada beberapa sistem:
a)Sistem morfologi
b)Sistem berfungsi
c)Sistem interaktif

- Sistem morfologi ialah proses pembentukan bentuk muka bumi seperti pantai, batuan dan lembah kerana aktiviti angin, sungai dan ombak.

- Sistem berfungsi ialah rantaian yang merangkumi input, storan dan output. Contohnya, sistem hidrologi yang dipanggil kitar air.

- Sistem berinteraktif ialah bermaksud sistem yang berfungsi melakukan tindak balas menyimpan dan mengeluarkan semula output. Contohnya sistem air bawah tanah.

0 评论:

发表评论