Interaksi antara Sistem Alam Sekitar Fizikal

2011年6月22日星期三
- Sistem bumi dibahagikan kepada 4:
a)Sistem Geomorfologi
b)Sistem Atmosfera
c)Sistem Ekologi
d)Sistem Hidrologi

- Keempat-empat sistem bumi saling berinteraksi sebagai sistem terbuka.

- Interaksi keempat-empat sistem ini mempunyai kebolehan pemulihan kendiri bagi mancapai keseimbangan.

- Keseimbangan yang dicapai dinamakan keseimbangan dinamik (kestabilan sesuatu sistem setelah mengalami proses pemulihan kendiri)

Sistem Geomorfologi

- Sistem Geomorfologi ialah pembentukan pemukaan bumi melalui aktiviti luluhawa, pengangkutan dan gerakan jisim.

- Bentuk muka bumi yang terbentuk terdapat di lembagan sungai, pinggir pantai, di kawasan gurun, kawasan glasier dan kawasan kutub.

Sistem atmosfera

- Sistem atmosfera berkaitan unsur iklim seperti cuaca, merangkumi hujan, suhu, tekanan udara, kelembaban angin, tiupan angin dan awan.

Sistem hidrologi

- Sistem hidrologi ialah kajian mengenai air iaitu kitarannya termasuklah air sungai, tasik, kolam, air laut dan air bawah tanah.

- Ia merangkumi peringkat kitaran, proses kitaran dan unsur hidrologi.

Sistem Ekologi

- Sistem ekologi ialah kajian tentang hubungan flora dam fauna iaitu interaksi antara biotik dan abiotik.

- Mengkaji tentang habitat iaitu penghurunya yang dipanggil biotik menggunakan komponen abiotik.

- Contoh ekosistem ialah

- Kesemua sistem atmosfera, hidrologi, ekologi dan geomorfologi saling berinteraksi.

0 评论:

发表评论